Manfaat Seks Untuk Hidupmu

Tak kira apa ‘perisanya’, kamu tak boleh lari daripadanya. Alang-alang ia menjadi sebahagian daripada kehidupanmu selepas berkahwin, ketahui manfaatnya









  • 1. Buat hubungan lebih rapat.


Bila suami jadi manja semacam kerena mau tahu  dan kamu jadi cair jiwa  selepas mendapatkannya, hubungan kalian jadi lebih akrab.


  • 2. Penghapus tekanan dan hidup lebih lama.


Sewaktu seks, hormon penting seperti oksitosin, estrogen dan testosteron dikeluarkan dan ia turut berikan manfaat kesihatan kepada fizikal, mental dan jiwamu. Bila rasa bahagia, sudah tentu tersirat dalam kesehatanmu.


  • 3. Satu senam tersendiri.


Kamu boleh bakar sekitar 144 kalori setiap setengah jam bila melakukan seks, menurut satu kajian. Kalau tambah dengan moaning and sighing, kamu akan bakar 18 ke 30 kalori lagi.


  • 4. Tidur lebih nyenyak.


Kalau tidur restless memang esok kamu bangun berupa zombie. Tapi selepas seks, tubuh dapat rehat sewajarnya kerana ia mengurangkan suhu badan dan bertukar menjadi tidur yang lena.


  • 5. Keyakinan diri yang pulih.


Rasa ringan jiwa bila dapat dibelai manja. Masa sebegitu membuktikan kalian saling komited dan menyayangi. Kalau tak sampai ke tahap seks pun tak mengapa. Bercumbu dengan bersungguh-sunguh juga akan buat kamu rasa bahagia.


  • 6. Pemecah rutin membosankan.


Ia seakan pengecas semula untuk harimu dan si dia. Bayangkan jika kamu buat kejutan seks untuknya, sudah tentu lebih mengasyikkan dan tak sabar untuk sesi seterusnya.




0 komentar: